There was an error in this gadget

Thursday, 18 August 2011

Tindakan Penambahbaikan Program PISMP Bahasa Melayu ambilan 2007-2010

Dokumen ini merupakan penambahbaikan yang telah diambil tindakan oleh IPG Kampus Keningau terhadap syaranan penilai MQA terhadap program PISMP Bahasa Melayu ambilan 2007-2010 untuk tujuan pemberian akreditasi .

KLIK UNTUK MUAT TURUN PDF
MAKLUMBALAS LAPORAN PENILAIAN PENENTUAN PENCAPAIAN PERAKUAN AKREDITASI.pdf

Sunday, 7 August 2011

Bab 5-Inovasi dalam pendidikan

Bab 5- Inovasi dalam pendidikan merupakan bab yang menjelaskan perubahan yang berlaku dalam pendidikan .Dijelaskan juga tentang inovasi dan resos dalam pendidikan . Aspek pentaksiran dalam pendidikan menjadi elemen penting dalam penilaian murid atau pelajar selaras dengan hasrat untuk meningkatkan pencapaian mereka mengikut perubahan semasa.

Klik untuk muat turun
BAB5-INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN.pdf

Friday, 5 August 2011

EDU3109 TUTORIAL DAN ISL

Panduan untuk pelajar PISMP semester 8 melaksanakan aktiviti tutorial dan ISL. Panduan ini memudahkan pelajar untuk merancang setiap aktiviti tutorial yang melibatkan pembentangan kumpulan dan melaksanakan usaha mendapatkan bahan rujukan , perbincangan kumpulan dan menyiapkan tugasan individu atau kumpulan.

Sila klik dilink untuk muat turun fail .

EDU 3109 TUTORIAL DAN ISL.PDF

Tekanan Emosi Murid dan Guru

Guru dan murid mudah terdedah dengan masalah tekanan emosi. Hal ini demikian kerana kelangsungan hidup yang dilalui saban hari menerima pelbagai cabaran dan dugaan berpunca daripada keretakan rumah tangga, persekitaran, rakan sejawat, alam persekolahan yang mencabar dan tidak menyeronokkan. Oleh yang demikian, jika masalah tekanan emosi tidak diatasi pada peringkat awal berkemungkinan mereka yang menghadapi masalah tersebut akan bertindak di luar batasan seperti mencederakan orang lain, merosakkan harta benda dan adakalanya sanggup mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.
Untuk maklumat sila klik dan muat turun di link ini:

Tekanan emosi dikalangan pelajar dan guru.pdf